Profail Syarikat

Perniagaan E-Dymium Network Sdn Bhd ini dijalankan oleh sebuah syarikat bumiputera yang beroperasi di Puchong, Selangor. Dalam masa setahun lebih sahaja, syarikat telah mendapat keuntungan melebihi RM50 juta pada tahun 2007. Ini jelas menunjukkan bahawa pasaran produk yang ditawarkan oleh syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari dalam dan luar negara. Kekuatan syarikat adalah kerana pengalaman dan kepimpinan yang ada. Disamping itu juga kesediaan untuk mengeluarkan pelaburan bagi membantu mempromosi produk ini ke pasaran tempatan dan global juga telah berjaya memberi pulangan yang besar terhadap syarikat. Sokongan yang padu dan komitmen yang tinggi ini telah memudahkan para usahawan untuk menempa kejayaan untuk terus berdaya saing dengan perniagaan jualan langsung lain di negara ini.


Pengerusi syarikat E-Dymium Network ialah Brig.Jen (B) Dato' Roslan Bin Abd Rashid, beliau merupakan seorang bekas angota tentera dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan. Pengalaman ini yang dibantu oleh kumpulan pengurusan yang profesional dan cekap telah membawa banyak perubahan terhadap syarikat sejak mula ia ditubuhkan awal tahun lalu.Pengarah Urusan (CEO) syarikat pula ialah seorang anak muda berbangsa Melayu iaitu Encik Bobie Farid Bin Shamsuddin. Biarpun baru berumur 36 tahun namun beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang sumber manusia, khidmat pelanggan dan perniagaan. Beliau pernah berkhidmat dengan beberapa buah syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa. Beliau juga pernag berkhidmat dengan syarikat penerbangan Malaysia (MAS) selama beberapa tahun. Beliau sebelum ini juga telah bergiat aktif dalam perniagaan berbilang tingkat (MLM). Dengan pengalaman selama lebih 15 tahun inilah, beliau memulakan perniagaan E-Dymium Network Sdn Bhd dan motto yang beliau gunakan ialah "Customer is always right" Komitmen serta wawasan tinggi yang cukup jelas untuk melihat lebih ramai usahawan Melayu berjaya dalam perniagaan ini, telah menyebabkan beliau melakukan berbagai stratetegi yang tidak pernah dibuat oleh syarikat jualan langsung (e-dagang) sebelum ini. Antaranya membenarkan kakitangan membuat network, menaja iklan TV serta mengeluarkan belanja jutaan ringgit untuk kontrak iklan selama dua tahun di stesyen TV berbayar Astro. Ini jelas sekali bertentangan dengan amalan jualan langsung sebelum ini. Perubahan inilah yang telah memberikan pulangan yang cukup lumayan kepada syarikat sejak akhir-akhir ini.


Pendaftaran Syarikat

Syarikat www.edymium.com adalah berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (754302-V) dan Kementerian Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna. Nombor lesen jualan langsung syarikat ialah AJL 931707. Syarikat telah ditubuhkan pada November 2006 dan mula beroperasi mulai bulan Disember 2006.
Lesen perniagaan Lesen SSM Lesen AJL

Produk utama sejak awal penubuhannya ialah Gelang Bio-Magnet, dan sekarang banyak lagi produk yang berteraskan magnet telah ditambah termasuk aroma terapi, walter filter dan alat penjimat minyak.